Sulit
3 tahun
Keputihan & Datang Bulan
Selamat malam,
soalan saya: Saya berumur 26tahun dan baru lepas bersalin secara czer normal atau tak normal jika keputihan berwarna kuning cair ,tidak gatai , agak tidak berbau atau sakit dibahagian alat sulit dan period saya masih tidak datang . (100 hari )
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
lochia (cecair yang dihasilkan selepas bersalin)
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.