Sulit
4 tahun
Keputihan dengan lendir coklat,dan lendir berdarah
Sy wanita berusia 30 tahun, adalah masalah kesuburan,dan pernah mengambil pil perancang disebabkan oleh period yg x menentu, bermula bln lps, awal mac thn ini,sy mengalami kputihan dan lendiran coklat dan juga lendiran darah yg berterusan, sy jadi x selesa dgn keadaan sy, dan setiap hari kluar,dan tiada tanda akn bhnti. Macamana ya,doktor?Tq.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih