Sulit
3 tahun
Keputihan warna hijau selama 5 tahun
Hi dokter… saya nak tanya saya dah alami keputihan selama 5 tahun. 3 tahun lepas saya sudah berjumpa dengan dokter dan telau melakukan ujian pap smear dan hasilnya rahim saya normal. Keputihan saya selepas period selalunya hijau, gatal2 di kemaluan. Apakah langkah yang perlu saya buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan berbau atau berubah warna yang anda alami boleh disebabkan:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan hubungan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.