Sulit
4 tahun
Keputihan yang banyak keluar selepas haid
Isteri saya berumur 25 tahun . Baru ini isteri saya mengadu ada keputihan yang keluar pada rahim . Serta darah haid hanya keluar 3 hari sahaja . Dia juga mengadu ada sakit pada bahagian perut. Apakah itu kanser rahim ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan isteri anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada tempoh haid, haid selama 3 hari adalah dianggap normal. Hal ini kerana haid yang normal adalah selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada keputihan dan sakit perut, sebaiknya jelaskan lanjut sifat keputihan seperti warna dan baunya; untuk sakit perut pula sila nyatakan lokasi dan daerah sakit perutnta.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.