Sulit
3 tahun
Kerap berguling ke kanan dan ke kiri semasa tidur
Saya kerap tidur berguling ke kanan dan ke kiri hingga menyebabkan rakan sebilik saya terganggu. Adakah ianya suatu penyakit atau apa…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) dengan doktor.
Untuk makluman anda, berguling ke kiri dan kanan ketika tidur adalah suatu perkara yang normal dan bersifat semulajadi kecuali mengingau. Salah satu kebaikan berguling kiri dan kanan adalah untuk mengelakkan daripada masalah sendi keras jika tidak dapat bergerak sepanjang malam, mengurangkan tekanan di satu bahagian badan serta aliran darah akan menjadi lebih lancar.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih