Sulit
2 tahun
Kerap tak nafas panjang
saya remaja berumur 18 tahun,sejak bulan lepas saya sering menarik nafas panjang hingga sekarang menyebabkan saya rasa sakit dada dan sakit belakang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit dada dan sakit belakang apabila menarik nafas panjang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada salah satu perkara di bawah :
- Penyakit Asma
- Alahan
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Berat badan yang berlebihan
- Merokok
Ini adalah jawapan secara umum mengenai masalah anda. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebihl lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.