Anonymous
4 tahun
Kerongkong tersumbat
Saya fazlan mengalami sakit kerongkong seperti ada penumbuhan bgian dalam dan paya nak bernafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Ketumbuhan yang anda nyatakan kemungkinan adalah kelenjar bengkak disebabkan:
- jangkitan kuman, virus atau bakteri
- Radang tonsil
- Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
- Gusi bernanah
- kanser sistem darah (leukemia) atau sistem limfa (limfoma)
Jangkitan ini biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan, dan kelenjar yang bengkak akan surut dengan segera. Anda perlu banyak minum air, dapatkan rehat secukupnya dan melegakan simptom di rumah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti Paracetamol atau Ibuprofen. Anda harus berjumpa dengan doktor jika gejala anda tidak bertambah baik dalam masa beberapa minggu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih