Sulit
4 tahun
Kes buasir. ada nanah
saya telah membuat rawatan buasir dari pakar buasir. selepas beberapa hari saya dirawat, saya masih merasa sakit di bhg dubur dan saya kembali ke klinik tsbt, di dapati terdapat nanah di saluran dubur. nanah itu dicucuk keluar dan selepas itu hilang sakit. tetapi sehingga hari tarikh 1 oktober 2019ini nanah masih belum kering dan ada darah lagi (5hari). ubat apa perlu saya makan selain dari antibiotik yg diberikan… terima kasih…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi masalah nanah pada buasir ini, ia memerlukan pembuangan nanah secara berterusan namun mestilah dalam keadaan yang sangat bersih kerana ia mudah untuk dijangkiti kuman. Oleh itu, anda disarankan untuk meneruskan pengambilan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor anda bagi memastikan buasir anda tidak dijangkiti kuman. Anda juga perlu memastikan kawasan dubur bersih dan seeloknya mengeringkan dubur menggunakan tisu selepas membuang air besar. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti sakit pada kawasan dubur, nanah bercampur darah yang tidak berhenti serta demam, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.