Sulit
3 tahun
Kesakitan rahang yang terjadi hingga mulut gagal dibuka
Saya mengalami rahang terkunci sudah hampir 3 hari. Gagal untuk membuka mulut dengan normal. Sakit hanya di bahagian kanan rahang. Sebelum ini terjadi setiap kali menggerak kan rahang atau makan akan timbul bunyi ‘klik’ seperti rahang bergesel… Tapi kali ini semakin teruk…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah sendi rahang; temporomandibular joint (TMJ) dislocation
- Radang sendi rahang
- Osteoarthritis rahang
- Masalah saraf
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.