Sulit
4 tahun
Kesan ketumbuhan fibroadenoma
saya wanita berusia 35 tahun . saya mempunyai ketumbuhan fibroadenoma 9 biji tapi sudah operation buang . sekarang tinggal hanya 3 biji yang masih kecil . sy nak tanya boleh ka saya mengambil supplement yang mempunyai kolagen dari ikan ? ada kesan buruk tak untuk ynag ada ketumbuhan ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebetulnya belum ada kajian saintifik yang membuktikan kebaikan supplemen collagen untuk menegangkan payudara. Akan tetapi, belum ada juga kajian saintifik yang membuktikan efek buruk collagen terhadap fibroadenoma. Justeru, seandainya anda memilih untuk mengamalkan supplemen ini, ia adalah diatas risiko sendiri.
Sekiranya anda mahu mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.