h4157421
4 tahun
Kesan kudis di kulit
Macam mana nak rawat ada bekas kudis . Dan losyen vitamin apa yang sesuai untuk kembalikan kulit dlm bentuk asal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Antara penyakit kulit yang dapat menyerupai kudis adalah:
- Scabies (kudis buta) jangkitan kutu
- Impetigo iaitu sejenis jangkitan kuman
- Psoriasis sejenis penyakit autoimun
Memandangkan hampir kesemua penyebab kudis adalah jangkitan, ia harus diubati dengan membunuh organisma penyebabnya terlebih dahulu. Untuk menentukan diagnosa dan ubat yang pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan doktor kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.