Sulit
3 tahun
Kesan mengambil dua biji pil positor dalam tiga hari
Hello doctor, saya nak bertanya, jika seseorang itu melakukan hubungan intim bersama pasangannya pada hari pertama kemudian selang sehari iaitu pada hari ketiga dia melakukan hubungan intim juga, dalam masa dua kali hubungan intim itu dilakukan, pasangan tersebut telah mengambil sebiji postinor 2.0 bermakna dia mengambil dua biji dalam masa tiga hari. apakah kesan yang akan terjadi terhadap kesihatan dan kitaran haid nya itu ? Dan adakah kesan sampingan selainnya juga ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pil Postinor merupakan pil pencegah hamil kecemasan kerana pil pertama harus diambil dalam masa 72 jam selepas bersetubuh untuk berfungsi secara efektif (88%) dan pil kedua diambil 12 jam selepas pil pertama. Berkenaan soalan puan, tiada masalah untuk mengambil pil Postinor yang kedua dalam masa kurang dari 12 jam selepas pengambilan pil pertama juga.
Anda juga harus mengambil nota bahawa pil Postinor-2 hanya boleh digunakan dalam kecemasan sahaja, jangan mengambilnya terlalu kerap. Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid kerana akan menganggu kitaran haid. Anda harus menggunakan pil atau teknik pencegah kehamilan yang lain seperti kondom atau pil harian jika aktif dalam menjalinkan hubungan intim.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.