Sulit
3 tahun
Ketelatan datang haid
hi doc.sy merupkan remaja 15 thn.kali terakhir saya dtng haid ada pada awal tahun 2019.pada masa itu sy drng haid slma seminggu seperti orang lain.itu adalah kali prtma sya dtng haid.smpai skrng langsung tidak ada tanda" saya akan datng haid.adakh itu normal atau ada masalah di dalam tubuh badan saya?mohon bantuannya dok
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bagi perempuan yang baru mengalami haid, kitaran haid seterusnya akan menjadi tidak teratur ataupun lewat. Hal ini adalah normal untuk 2 tahun pertama selepas mengalami haid, semakin membesar, kitaran haid akan menjadi lebih pendek dan teratur. Tetapi haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!