Anonymous
4 tahun
Ketuat di bibir kelamin
Dr boleh saya tahu selain mendapatkan rawatan diklinik untuk membuang ketuat niyh . Boleh kee kalau dapatkan ubat difarmasi?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa cara untuk merawat ketuat di bahagian kelamin. Anataranya ialah:
- Krim buang ketuat atau juga dikenali sebagai imiquimod pula perlu disapu 3 kali dalam seminggu dan tempohnya boleh mencecah sehingga 4 bulan.
- Cryotherapy ataupun terapi pembekuan menggunakan cecair nitrogen boleh dilakukan di mana-mana hospital yang mempunyai pakar kulit. Ia mudah dan tidak mendatangkan sebarang kesakitan
Walaubagaiamanpun saya ingin tekankan untuk anda mendapatkan pengesahan dari doktor sebelum mengambil rawatan untuk hilangkan ketuat pada jangkitan di bahagian kelamin perlulah berada di bawah pemantauan doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih