Sulit
3 tahun
Ketulan darah pada keluar
Period sy akan dtg 8 hri lg, tp pagi td ade ketulan darah kecil jatuh…sy try pakai pad xde drh yg lekat pd pad… Perlukah sy ke hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang sedikit (hanya beberapa titik). Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya ialah:
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
Pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Masalah ini berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.