Sulit
3 tahun
Ketumbuhan Pada Lidah
Hi doctor. Setahun lepas saya dapati lidah ada ada benjolan. Sekarang benjolan ini tumbuh seakan isi lebih pada lidah saya. Apakah puncanya? Bagaimana untuk merawatnya?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang benjolan di lidah.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada lidah
- Trauma pada lidah
- Jangkitan virus pada oral mukosa
Saya tidak dapat pastikan kondisi sebenar yang anda alami. Pemeriksaan fizikal di klinik atau hospital perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui hal sebenar. Oleh itu, sekiranya anda ragu, sila berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.