Sulit
2 tahun
Kulit berparut due to alergik
Saya wanita, 27 tahun. Sebulan lepas saya mengalami alergi kulit yang mana kulit saya gatal-gatal. Doktor beritahu mungkin masalah alergi kepada makanan atau vaksin Covid 19. Kebetulan saya baru sahaja di suntik vaksin dan mengalami masalah tersebut. Salah saya sebab saya garu di kawasan yang gatal tersebut menyebabkan ada parut di permukaan kulit tangan dan kaki. Mohon pendapat doktor untuk share untuk menghikangkan bintik parut tersebut. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda ingin mengetahui cara-cara untuk menghilangkan parut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kehilangan parut bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, bahagian parut, jenis parut dan tahap kesihatan anda. Secara umumnya, parut pada permukaan tangan dan kaki akan mengambil masa beberapa bulan. Terdapat banyak jenis kaedah rawatan untuk menghilangkan parut. Antaranya, ubat sapu, suntikan dan rawatan laser. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!