Sulit
2 tahun
Kulit Testis Gatal Dan Menggelupas
Hai. Saya berumur 25 tahun. Kenapa kulit zakar saya rasa gatal dan macam kering. Bila disentuh atau garu kulitnya seperti menggelupas…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang berasa bimbang akan keadaan kulit zakar anda yang rasa gatal, seperti kekeringan, dan seperti menggelupas apabila disentuh. Saya akan memberikan penjelasan yang sebaiknya untuk masalah ini.
Sebagai pengetahuan, ada beberapa jenis keadaan yang boleh disimpulkan sekiranya mengalami masalah yang telah dinyatakan, antaranya:
- Jork itch
- Keradangan kulit
- Penyakit kelamin
- Ekzema
- Ketuat
- Alahan kepada produk mandian
- Jangkitan bakteria
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.