Sulit
4 tahun
Lewat Datang Haid 34 Hari Tapi Tidak Hamil
Saya wanita usia awal 20an… Saya sudah lewat period selama 34 hari tapi tiada tanda hamil… Check upt 2x masih -ve… Keadaan spt ni sudah berlarutan sejak setahun lepas dimana period saya tidak menentu… Sblum ni, doktor mendiagnosis saya mgkin PCos… Saya cuba dapatkan ubat turun darah di farmasi namun memerlukan surat akuan dari doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Memandangkan anda telah menggunakan UPT dan negatif, kami ingin mengesyorkan anda klik pada link tersebut untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Berkenaan dengan PCOS, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan daripada doktor berkenaan. Kebiasaannya, antara ubat yang diberikan untuk merawat PCOS ialah pil hormon.
Namun begitu ubat ini memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya memandangkan anda mengambil ubat tersebut atas dasar PCOS. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.