Sulit
3 tahun
Lewat dtg period selama 2 bln
Akhir period sy adalah 6/11/2020…
Utk bln 12 dan january…
Dulu berat bdn sy 58 kg dgn ketinggian 143 .
Kini berat bdn sy 46kg…
Adakh pyebab sy x dtg period.
Sy berumur 39 thn…
Sy slalu pitam…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Cecair yang keluar melalui vagina anda adalah cecair daripada badan anda sendiri, cecair ini akan keluar ketika anda berada dalam keadaan ghairah. Cecair ini tidak akan membuat anda hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.