Sulit
3 tahun
Lidah ada tompok merah
Saya wanita brumur 24tahun… Sebelum ini saya ada masalah resdung setiap pagi mesti selsema… Tpi sejak 2tahun yg lepas tiada lgi masalah resdung tpi masalah lain pulak… Saya sentiasa rasa berkahak ditekak… Rasa macam ad sesuatu dalam tekak… Dan hari ni saya check dibahagian tepi lidah saya ada tompokan merah… Apa perlu saya lakukan… Adakah ia penyakit yang berbahaya…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini perlu diteliti dengan lebih mendalam dengan pemeriksaan secara fizikal, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tanpa maklumat yang mencukupi dan keadaan lidah anda.
Antara punca yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi adalah:
- Lie bumps (transient lingual papillitis)
- Luka canker (ulser aphthous)
- Squamous papilloma
- Glossitis
- Kanser mulut
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.