Sulit
3 tahun
Lidah sy sakit….bila mkn lg sakit dan pedih
Lidah sy sakit…bila mkn lg sakit…kadang buat sy kurang selera makan…asl nk mkn terasa sakit dkt lidah…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit lidah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang lebih terperinci perlu diambil untuk mengetahui keadaan sebenar anda. Secara amnya, situasi ini mungkin berlaku kerana:
- Trauma pada lidah
- Keradangan lidah
- Ulser
- Jangkitan kuman
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Saya tidak pasti apa yang anda alami kecuali dengan melakukan pemeriksaan. Anda jufa disyorkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala berikut:
- Benjolan di lidah atau dalam kawasan mulut
- Ulser yang tidak sembuh
- Ulser yang banyak
- Benjolan nanah
- Bengkak di leher
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.