
Sulit
4 tahun
Lutut anak lelaki saya berbunyi seperti pop apabila sujud semasa solat
Anak lelaki saya 9 tahun berat 35kg bermain bolasepak.Bunyi lututnya seperti bunyi pop apbila melakukan pergerakan rukuk dan sujud.Bunyi ini didengari selepas dia bermain bolasepak dua minggu lepas.Tiada bengkak atau sakit pada lutut.Perlukah saya membawa berjumpa doktor?Adakah normal bunyi lutut anak saya?Apakah masalah yang dihadapinya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah lutut yang berbunyi ‘pop’ terjadi apabila terdapat geseran antara sendi lutut dan menghasilkan gas di dalam air sendi. Ia juga boleh berlaku jika berlakunya geseran antara dua tulang berbeza. Ianya tidak menjadi masalah jika tiada kesakitan atau selagi ia tidak mengganggu pergerakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.