Sulit
3 tahun
Lutut sakit sejak sebulan y lalu akibat jatuh kurang selesa utk memupakan pergerakan dan sakit apabila nak diluruskan
Hai doc. Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh dan hentakan kuat pada bahagian lutut sebulan yang lalu. Rasa pedih dan koyakan pada tisu dalaman apabila memulakan pergerakan. Apakah ubat atau supplement y boleh sya ambil utk mengurangkan kesakitan ??
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sukan yang berlebihan
- Berat badan yang berlebihan
- Trauma menyebabkan ligamen, tendon atau tulang retak
- kekurangan zat besi dan kalsium
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
Untuk benar-benar melihat samada anda mengalami kerosakan struktur pada lutut, saya sarankan anda menjalani pemeriksaan dan ujian imbasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.