Sulit
3 tahun
Macam mana caranya untuk saya minta untuk lakukan endoskopi
Saya seorang lelaki berumur 31 tahun. Mengalami masalah gastrik dan saya syak saya mempunyai masalah Gerd. Saya berniat untuk melakukan endoskopi di hospital kerajaan. atas faktor kewangan dan tiada perlindungan insurans, saya mengelak untuk pergi ke hospital swasta. Namun setiap kali berjumpa doktor di klinik kerajaan, Doktor tidak mendiagnos saya utk dptkn endoskopi. Adakah saya perlu tunggu sakit gastrik saya kronik baru boleh saya lakukan endoskopi atau bagaimana doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, prosedur endoskopi tidak boleh dilakukan saja-saja tanpa indikasi yang betul. Prosedur ini hanya dilakukan sekiranya doktor tidak boleh mengenalpasti penyakit yang anda alami atau untuk mengesahkan kondisi penyakit anda. Saya tidak tahu mengapa doktor yang merawat anda tidak melakukan endoskopi tetapi saya yakin doktor tersebut mempunyai sebab yang tersendiri.
Saya menasihatkan anda untuk bertanya lebih lanjut kepada doktor anda kenapa anda tidak memerlukan endoskopi. Ingat, bukan semua penyakit GERD atau gastrik memerlukan endoskopi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.