Sulit
2 tahun
Makan pil nordette pada hari ke 4 datang bulan
Assalamualaikum…doktor, saya baru hendak mula mengambil pil perancang jenis nordette pada hari ke 4 saya datang bulan…perlukah saya perlu mengambil pencegahan yang lain juga kerana tidak mengambil pil pada hari pertama datang bulan?terima kasih doktor.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda perlu menggunakan kaedah perancang lain memandangkan anda baru mengambil pil perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jika pil perancag diambil dari hari pertama kitaran haid, iaitu hari pertama datang haid, maka anda tidak perlu menggunakan kaedah pencegahan lain. Memandangkan anda memulakan pengambilan pil perancang pada hari ke-4 haid, sebaiknya anda menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain seperti kondom untuk tempoh 1 minggu. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.