Sulit
2 tahun
Masalah benjolan dubur
Saya berumur 20 an dan saya dapati ada benjolan di bahagian mulut dubur saya. Tiada sebarang gangguan semasa berjalan atau melakukan aktiviti. Cuma menganggu ketika saya hendak membuang air besar sahaja
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan yang terdapat pada dubur anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Atau gangguan saluran pencernaan seperti: - Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
- Angin pasang (baca: hernia )
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.