asyrafhafizuddin19
2 tahun
Masalah kesihatan organ reproduksi
Salam dr, nama saya Asyraf berumur 27 tahun. Saya mengalami masalah zakar yg bergerak gerak sendiri mengikut minda, jika saya berfikir untuk menggerakkan zakar, ia akan berdenyut dngn sendiri. Keadaan ini menggangu pemikiran saya kerana saya kerap2 kencing. Adakah ini normal atau zakar saya mengalami masalah? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologi
- Masalah hormon
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi dsb
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.