Sulit
3 tahun
Masalah pertumbuhan ulser di bahagian kemaluan
saya mempunyai masalah tumbuhnya ulser di bahagian kemaluan. benda ini terjadi selepas minggu sebelumnya saya kerap melakukan masturbate, saya juga pernah melalkuakan hubungan sejenis sebelum ini tapi bukan dalam masa terdekat. saya sudah berjumpa dengan doctor di klinik tapi hanya member ubat saput antibiotik. adakah saya dijangkiti std or hanya berlaku luka dibahagian itu
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, luka pada kemaluan boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Untuk mengetahui jika anda menghidapi penyakit jangkitan kelamin (STD), anda perlu melakukan ujian darah. Walaupun penyakit jangkitan kelamin boleh dikesan melalui simptom, ujian darah akan memberikan keputusan 100%. Selepas mendapat keputusan ujian darah, doktor akan boleh memberikan ubat yang sesuai dan tepat dalam merawat kondisi anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.