Sulit
4 tahun
Masalah wanita tidak datang haid
Hy! Saya nak bertanya tentang sahabat saya yang berumur 18 tahun, dia tidak mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur contoh nya 5 atau lebih dari 10 bulan tidak datang haid, bagaimana ingin tahu mengenai ini, dan apa efek nya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, haid yang tidak teratur ini dapat dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal yang terjadi akibat:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.