Sulit
3 tahun
Mata sakit Dan berak berdarah Dan tangan kaki kerap berpeluh
Saya wanita 32 tahun, kebelakangan ini says berada sering letih tapak kaki Dan tangan kerap berpeluh Dan says rasa badan lemah Dan sejuk saya juga mengalami sakit mata telinga Dan hidung termasuk tekak, dsn dah dua hari saya berak berdarah
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Sekiranya masalah berak berdarah berlanjutan serta memudaratkan anda akibat kekurangan darah yang sentiasa menyebabkan anda letih dan berasa hendak pitam, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.