Sulit
2 tahun
Mati pucuk tidak lagi mengeras
zakar saye tidak lagi mngeras apebile sye mnyentuh urat bawah di bahagian atas lubang dubur ienye juge tidak lagi tegang, sye merase sgt sedihh adekah saye dpt dirawat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya stress, kegelisahan, kencing manis, darah tinggi, ketidakseimbangan hormon, penyakit kelenjar, penyakit buah pinggang, gangguan saluran darah, rokok dan lain.
Anda perlulah terangkan sebarang gejala anda mengalami tersebut dengan jelas serta hubungan anda dengan pasangan jika ditanya. Sekiranya anda boleh menghubungi pakar urologi, sila mendapatkan nasihat dan rawatan mereka.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.