Sulit
3 tahun
Mengalami masalah tidur berpeluh tiba2
Saya remaja perempuan berumur 20an,saya nak bertanya mengapa apabila saya tidur mesti akan berpeluh namun hanya akan berpeluh dibahagian atas belakang badan dan hal ini terjadi sejak 2minggu lepas… hal ini sangat2 tidak selesa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cuaca yang panas
Kesan sampingan ubat
Kanser seperti lymphoma
Jangkitan seperti tuberculosis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.