Sulit
2 tahun
Mengambil pil selepas melakukan hubungan pada hari ke 13 kitaran haid selepas 3 jam
Hi doktor. Saya dan isteri ada melakukan hubungan pada hari ke 13 kitaran haid isteri. Kami berasa was- was sama ada saya terpancut didalam. Selepas 3 jam, isteri saya telah mengambil pil escapelle. Adakah pil escapelle tersebut akan berkesan? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pil tersebut adalah untuk kegunaan kontraseptif kecemasan sahaja. Ia tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 99% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Kesan sampingan pil ini ialah mual/loya, kitaran haid berubah.
Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.