Sulit
4 tahun
Mengandung selepas gughr
pada 21 sept lepas, saya keguguran. usia kandungan ketika itu 9 minggu. selepas 3 minggu keguguran, saya ada cek upt dan upt tersebut negatif. saya dan suami telah bersama pada 17 okt. dan pada 30 okt saya merasa pening dan mual. saya cek upt semula, tapi samar. esoknya saya cek lg, masih samar. dan pada 1 nov, saya ulangi upt, masih samar tp sedikit pekat dari sebelumnya. adakah saya mengandung?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian kehamilan yang samar boleh menandakan terdapat hormon kehamilan. Ia boleh bermaksud samada anda hamil (dalam atau luar rahim) atau kerosakkan alat ujian kehamilan. Sekiranya anda berasa ragu-ragu akan keputusan kehamilan anda, anda boleh mengesahkan ujian kehamilan di klinik berdekatan anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.