Sulit
2 tahun
Mengenai kemaluan ,biji telur ade bihi
Saya berumur 24 tahun,di sekitar buah pelir kemaluan saya ade biji yg timbul ,mule2 kecik sampai skrg ia membesar ape perlu saya buadd
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah biji ketumbuhan di buah zakar (testis).
Untuk pengetahuan anda, ketumbuhan pada biji kemaluan boleh disebabkan oleh :
- Jerawat: buah zakar adalah bahagian yang mempunyai banyak folikel rambut (bulu), Folikel ini boleh mengalami jerawat kerana beberapa sebab, termasuk:
-rambut yang tumbuh ke dalam (ingrown hair)
-liang tersumbat
-pengumpulan kotoran dan minyak daripada berpeluh atau tidak mandi dengan kerap
- Kista sebum (sebacceous cyst) : Kista sebum berlaku apabila udara, cecair, atau bahan lain terperangkap di dalam kelenjar sebum. Kelenjar ini mengandungi minyak yang disebut sebum yang membantu menjaga kulit anda.
- Ketumbuhan di buah zakar
- Keradangan buah zakar akibat jangkitan virus
- Kanser buah zakar
Maklumat diatas hanyalah penyakit umum, pemeriksaan lanjut mesti dilakukan di klinik untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Disebabkan biji tersebut makin membesar, kami menasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi tindakan lanjut.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih