ieyaimanie2012
4 tahun
Menstrual spooting blood
Hai ,malay, girl 30, pd 10 hb sy bsama dgn suami dan keesokknya saya memakan postinor pd 2pm, dan 12jam berikut nya pd 2am, memandangkan kami meracngn utk tdk me miliki ank lg, dan stlh 2 mgu hr ni 26.jan, saya dpti ada pendarahan, sama ada ia drh period atau tdak. Period cycle saya biasanya 28-31 hari dan teratur. Bolehkah dr beri sedikit pencerahan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, salah satu kesan sampingan postinor ini adalah menyebabkan pendarahan yang tidak teratur. Pendarahan anda kali ini mungkin merupakan haid tetapi ia datang dengan awal atas kesan Postinor ini.
Anda tidak perlu berisau kerana kitaran haid akan menjadi normal sekali lagi selepas anda tidak mengambil lagi pada bulan yang selepas. Jika anda ingin berancang dan tidak mahu kesan sampingan ini, anda boleh berbincang dengan doktor untuk memilih cara perancangan yang paling sesuai untuk anda.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang perancangan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.