Sulit
4 tahun
Mulut ulser berdarah
Hi. Saya baru saja melakukan seks homo malam ni dan sya dapati mulut partner saya ade ulser selepas die menghisap zakar saya dan die meludahkan darah dr mulut die…saya nak tanya kalau hal yg mcm ni, adakah saya akan terdedah dgn jangkitan HIV? Sbb sya x tau sama ada partner saya ade hiv atau tidak… Dan sya nak tya kalau sya hisap zakar die buat deepthroat ade potensi utk sya kene jangkitan hiv x?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda memiliki risiko dijangkiti HIV jika pasangan anda mempunyai jangkitan HIV.
Gejala HIV hanya akan timbul selepas 10 hari dan keatas. Anda dinasihatkan untuk menjalankan ujian HIV selepas tempoh 6 hingga 12 minggu daripada tempoh tramisi kerana dalam tempoh sebelum itu, ujian HIV tidak dapat mengesan virus tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.