Sulit
2 tahun
Muntah jernih disertai lendir2 coklat
Hi doc, Saya perempuan berumur 20an…setiap pg sy akan minum air kosong selepas bangun tidur…pg ni selepas saya minum air kosong saya muntah…pd awal nye hanya muntah air…Kali kedua saya muntah air jernih disertai lendir2 coklat…lendir tersebut tidaklah bergumpal seperti darah beku…tetapi hanya lendir biasa…saya tidak berasa apa2 kesakitan atau tidak keselesaan…tapi tgh hari smlm saya ada makan coklat dan petang smlm juga saya ada makan ais krim coklat…mkn mlm semalam dalam pukul 7 saya ada makan sup dan kicap…adakah ini mempengaruhi warna muntah saya atau saya memang muntah darah?adakah ianya berbahaya? Boleh saya tahu ciri2 muntah darah tu macam mana ye…tq doktor
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kekhuatiran anda berkenaan gejala muntah yang disertai lendir berwarna coklat yang daialami pada pagi hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda gejala muntah yang disertai lendir berwarna coklat boleh disebabkan oleh
- trauma pada saluran tekak
- kesan sampingan dari pengubatan (i.e. NSAIDS)
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti
- perdarahan saluran pencernaan
- peptic ulcer
- kanser saluran pencernaan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.