Sulit
2 tahun
Parasit dalam badan seseorang
Salam doktor.semoga semua doktor sihat dan dijauhi covid-19. Saya nak tanya berkaitan parasit dalam badan. Sy mempunyai gejala yg diiklankan… Saya jadi takut. Betul ke begitu doktor? Macam mana cara penyembuhan? Saya baca dalam iklan. Apakah gejalanya. Mohon komen dan cara mengatasi ya doktor. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan anda, anda ingin mengetahui tentang jangkitan parasit, gejala yang berkaitan serta kaedah merawatnya. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya parasit ialah suatu makhluk yang hidup dengan cara mengambil kesempatan atau menumpang daripada hidupan lain sehingga memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan hosnya. Terdapat pelbagai jenis parasit yang memberikan gejala yang berbeza, seperti
- Protozoa (hidupan plasmodium yang menyebabkan demam malaria)
- Helminths (kumpulan cacing-cacing yang tinggal dalam perut manusia)
- Ektoparasit (pacat, kutu, hama atau serangga yang menghisap darah manusia)
Anda perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya merasakan diri terdedah kepada jangkitan parasit atau mengalami gejala seperti
- lebam kulit atau ruam
- penurunan berat badan
- sakit perut, cirit-birit, dan muntah
- masalah tidur
- sakit-sakit badan
- alahan
- kelemahan atau lesu
Anda juga digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.