Sulit
3 tahun
Pening/hilang selera makan
Sy berumur 18thun dan selalu menghidap sakit kepala dan hilang selera makan untuk beberapa hari ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap sakit kepala dan hilang selera makan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Migrain - boleh menyebabkan selera makan berkurangan
- Sakit kepala tegang - akibat stres atau faktor yang tidak diketahui
- Jangkitan kuman - dalam perut/saluran udara/saluran kencing
- Masalah tiroid seperti hipotiroid
- Jika wanita - sindrom menstruasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.