Sulit
2 tahun
Pening kepala rasa nak muntah serta denyut belakang telinga
. Saya lelaki berumur 20tahun ingin bertnya soal telinga saya denyut dan berdesing . Lepastu rasa berputar dan nak muntah . Kadang2 pening . Adakah penyakit ini akan berterusan dan akan melarat? Mohon penjelasan doc . Terimakasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi . Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo
- Tekanan darah rendah
- Kurang darah atau ‘anemia’
- Tekanan darah berubah akibat daripada pertukaran posisi atau ’ Postural hypotension’
- Jangkitan telinga
Masalah telinga yang tidak dirawat boleh menyebabkan gejala yang lebih serius dan mengganggu aktiviti harian anda sekiranya tidak dirawat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.