Sulit
2 tahun
Perbezaan pada xray paru paru pesakit covid dgn TB
Ape perbezaan Xray paru paru untuk pesakit covid dengan tb ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami anda ingin mengetahui perbezaan penyakit tuberkulosis dan COVID-19 pada x-ray. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam memahami perbezaan ini.
Untuk pengetahuan anda, pesakit yang mempunyai tuberkulosis primer melalui gambaran x-ray adalah tidak spesifik. Antara gambaran yang sering dijumpai adalah konsolidasi lobar atau segmental, limfadenopati atau penyakit pada nodus limfa dan/atau efusi pleura (cecair dalam ruang antara lapisan paru-paru). Manakala gambaran x-ray pada tibi yang tidak aktif adalah lebih kepada pembentukan tisu berserat, pengkalsiuman (Ghon’s focus) dan tuberculoma (kelegapan)
Manakala, gambaran x-ray untuk COVID-19 adalah kelegapan yang bewarna putih yang mempunyai ciri-ciri seperti serbuk kaca (ground-glass appearance)
Jika anda mempunyai persoalan yang lebih lanjut, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih