Sulit
3 tahun
Perbuangan berdarah/berak berdarah 2minggu 4kali kena
Sya suka makan pedas dan sya jarang membuang air besar… Dlm seminggu kadang membuang hnya 2 atau 3 hari je… Tp dlm 2minggu ni sya kerap membuang/perbuangan berdarah/berak berdarah… Ingat kn darah period tpi darah dari najis… Dan peraturan kitaran haid sya tak teratur…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.