Sulit
3 tahun
Period lewat adakah saya hamil?
Saya berumur 26thn sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Dan tidak pernah mgandung ataupon gugur. Period saya agak teratur, kalau lambat pon 2 hari. Ini kali pertama period saya lewat smggu. Saya dah buat upt test tp negative. Jugak dah jumpa dr buat scan, dr kata masih terlalu awal utk tahu. Tp symptoms saya mual, sakit pinggang dan kerap ke tandas. Dan tiada tanda2 nak period yg selalu saya akan alami jika dtg haid. Adakah saya hamil dan masih terlalu awal utk saya tahu? Tp dah lewat smggu dan scan pon tak nampak. Adakah sbb lain yg buat saya lewat period dan ada gejala seperti mual kerap ke tandan dan sakit pinggang?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.