Sulit
4 tahun
Period tak datang sudah sebulan. Daa lewat 7 hari
Saya umur 21 tahun. Saya sebelum ini tak pernah period tidak teratur. Period on time tiap tiap bulan… Tapi bulan ni saya tak period lagi dan dah lewat 7 hari. Saya ada buat hubungan seks dgn suami tapi tak buang dalam. Tempoh sebulan selepas period lepas. Saya consume vitamin c blackmore. Kalau saya period. Saya tidak ditunjukkan simptom simptom mengandung. Cumanya tidak period. PersoalN saya adakah saya mengandung? Atau kesan ubat? SebB ubat itu pertama kali consume. Tak pernah consume supplement apa apa perut ada sedikit cramp bila Mengeliat atau tuduk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengatahuan pihak anda, terdapat banyak sebab untuk haid lewat. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.