Sulit
4 tahun
Period terlalu lama sebulan
saya berumur 26 tahun …sejak bulan lepas dan bulan ini period saya keluar terlalu lama contoh 7/12-26/12 dan bulan ini 7/1 tarikh hari ni 21/1 darah still keluar . setiap hari darah keluar …ada hari penuh tuala wanita ada hari sedikit tapi yg keluar mmg darah dan ada kala berketul ketul . sblm ini bulan bulan sblm period saya tak teratur juga … sebelum keluar darah period …akn keluar lendir coklat dahulu …kadang kadang sehingga 2 mggu . tp sejak 2 bulan ini period terlalu lama . apa penyakit saya doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah pada komponen darah yang menghentikan pendarahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.