Sulit
3 tahun
Period tidak datang hampir 2bulan
Saya ada masalah haid yang tidak datang sekitar 2bln lebih.baru-baru ni saya ada buat medical check up dan doktor telah scan saya dan mendapati saya ada cyst pada ukuran 1cm dan doktor mengesyorkan saya makan vitamin e utk mengecutkan cyst tersebut.hari ni masuk hari ke 4 saya makan vitamin tersebut,namun haid saya belum jugak datang.apakah puncanya haid saya tidak datang n apakah saranan doktor utk saya??kitaran haid saya sebelum ni lancar sahaja.mohon penerangan n bantuan nasihat dari doktor,sekian terima kasih.
3 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Kami memahami kebimbangan yang sedang anda hadapi berkenaan dengan masalah haid. Kami juga sedia mklum bahawa anda juga telah disahkan memiliki kista (cyst) melalui imbasan scan. Perlu untuk diketahui bahawa masalah tidak datang haid bukan sahaja berpunca daripada cyst namun terdapat punca lain yang perlu untuk diketahui. Antaranya:
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan - Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
- Kehamilan sekiranya anda pernah melakukan persetubuhan
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.