syifamasri05
4 tahun
Pernafasan dan berangin
Saya wanita berumur 25 tahun sejak dua hari yg lepas secara tiba2 dada rasa ketat, boleh bernafas cuma tidak selesa seperti biasa dan saya rasa macam ada benda stuck dkt saluran pernafasan or kerongkong …saya sentiase berangin…
4 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda mengalami masalah dada terasa ketat dan merasakan sesuatu tersumbat pada saluran pernafasan. Hal ini boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Oleh kerana masalah COVID-19 kian menular, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kita tidak boleh menolak risiko COVID 19, maka, anda disarankan bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.