Sulit
3 tahun
Pernafasan pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa
Hai dr, saya seorang perempuan dan berumur saya 23 tahun. Saya nak tanya tentang pernafasan saya. Dalam masa seminggu ni. Saya tidak lepas untk bernafas panjang, seperti sukar untuk bernafas dan merasa nafas yg ditarik itu tidak lepas dlm erti kata lain nafas itu pendek. Selama ini ianya berlaku dlm seminggu sekali, akn tetapi skrg sudah hampir 9 hari ianya terjadi dan tak berhenti, agar sukar untuk selesa apabila bernafas. Sudah juga mengambil ubat drp klinik, tapi tidak menunjukkan kesan yg positif. Apa yg perlu saya lakukan ya dr?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT ( Pulmonary function test ) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.